#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Peniaga Restoran 35, maki pelanggan di Melaka

Selalu kita dengar rezeki kita ditangan Allah SWT sahaja dan bukan di tangan orang lain. Selagi kita ada usaha dan apa kita buat ikhlas dan jujur, insyallah Allah akan bantu terutama dalam bidang perniagaan.

Semalam heboh  1Malaysia terutama untuk penduduk negeri Melaka tentang viral video seorang influencer dikatakan dimaki oleh seorang pemilik restoran popular di Melaka yang bernama Restoran 35.

Restoran 35 bukan calang calang sebenarnya dan tidak dinafikan menu lauk pauk yang disajikan seperti masakan dari air tangan kita sendiri. Ini yang telah dikongsikan oleh bukan seorang dua tetapi ramai pelanggan yang telah menjamu selera disitu.

Jadi apa terjadi selepas Viral? Selalu kalau viral sudah pasti akan menarik minat seseorang untuk merasai adakah benar apa yang telah diperkatakan.

Seorang pengguna Facebook bernama Halimatussaadiah Salleh telah memuat naik 1 status berserta gambar Restoran 35 hari ini dan apa yang terjadi amat mengejutkan.

“Antara asam pedas dan bahasa yang pedas, 12 September 2020 Restoran 35

Kami sekeluarga memang suka makan tengahari di sini. Asam pedasnya memang sesedap rasa
Pekena sambal belacan mangga dengan ulam-ulaman dan ikan masin memang hilang stres.

Biasalah sesekali tokeh kedai keluarkan bahasa anak jati Melaka. Bagi pelanggan biasa macam kami
Macam dengar makcik-makcik sembang-sembang sementara menunggu padi di jemuran. Kasar-kasar orang Melaka dalam hati ada taman”

Tengok pada gambar yang telah dikongsikan oleh beliau, betul betul menaikkan selera pada siapa yang melihatnya.

Bukti viral sudah ada apabila orang ramai mula menyerbu Restoran 35.

BERATUR SAMPAI KE LUAR

Antara komen netizen

Seperti yang admin cakap mula mula, rezeki di tangan Allah SWT sebenarnya. Apa yang terjadi semalam patut dijadikan ikhtibar. Munkin ini adalah asbab untuk mereka berubah jika sebelum ini ada perkara tidak betul.

PS: Ini yang nak buat admin drive g melaka esok .. tapi malas lak nak hadap jem.. haha!

Sumber : Facebook Halimatussaadiah Salleh

Artikel : AwattSyeikhh Network

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker