Identiti Pemandu Innova Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab

Share

 

BUKAN sedikit pemandu yang berdebar-debar setiap kali mahu memarkir kereta, terutama parkir selari atau sisi (parallel/side parking). Buktinya, ada berlambak video yang dikongsikan laman sosial seperti YouTube yang menunjukkan ramai pemandu masih gagal memarkir kenderaan dengan sempurna.

SEJAK semalam, ada dua rakaman video tular mengenai aksi seorang lelaki memarkir keretanya secara sisi (parallel parking) di atas jambatan konkrit yang merentangi longkang besar dan sangat sempit.

Kalau tersilap langkah, memang pemandu dan kereta dipandunya itu, jenis Toyota Innova putih, boleh terjunam ke dalam longkang. Namun, apa yang menakjubkan dia mampu masuk dan keluar parkir tersebut dengan selamat. Siapakah sebenarnya lelaki itu?


TULAR beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki menunjukkan skill (kemahiran) meletak kereta (parkir atau parking) di tempat yang bagi kebanyakan orang sangat sukar atau mustahil melakukannya. Kejadian dipercayai berlaku di India di mana seorang lelaki menaiki sebuah kereta pelbagai guna (MPV) berwarna putih memakirkan keretanya di tempat yang sukar. :

Kalau keretanya kecil seperti kereta Kancil atau Viva, masih boleh diterima akal dan tidak menghairankan. Tetapi dengan saiz kenderaan yang sebegitu dan parkir pula di tempat yang betul-betul sempit, ia sesuatu yang mengagumkan!

Lelaki itu ialah PJ Biju, seorang pemandu bas dari Kerala, India. Dia sebenarnya memandu pulang Innova milik kawannya untuk dicat semula dan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu diparkir atas jambatan konkrit kerana berada dekat rumahnya. Video itu pula dirakamkan isterinya sendiri.


Bagi Biju, tiada masalah untuk mengawal Innova sepanjang 4.5 meter itu kerana dia sudah biasa memandu bas yang bersaiz berkali ganda lebih panjang hingga 12.5 meter.

Bercakap kepada agensi berita Manorama News, Biju berkata:

Saya sudah memandu bas setiap hari khususnya di laluan Ernakulam-Kannur sejak bertahun-tahun lamanya. Dan kenderaan itu 12.5 meter panjang.


“Jadi, ukuran panjang Innova tidak jadi masalah untuk saya. Apapun jenis kereta, kamu ada gambaran saiz kereta itu dalam fikiran. Ia sebenarnya ada kaitan dengan aspek pemahaman dan keyakinan.”

Rakaman video yang menunjukkan cara dia masuk dan keluar parkir itu mendapat lebih 50,000 tontonan di Twitter serta dikongsi ribuan warga maya. Malah Biju langsung tidak tahu isterinya sedang merakam aksi masuk-keluar parkir itu dan cuma sedar apabila sudah tular.

Leave a Reply