Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee

Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee

Taikun Lee Kim Yew akan bertemu dengan Presiden MCA, Wee Ka Siong bagi membincangkan penggantungan keahliannya selama setahun kerana berkempen dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya negeri Johor.

Dalam satu kenyataan, Lee berkata Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon akan membantu mengatur pertemuannya dengan Wee.

Beliau turut tidak setuju dengan keputusan MCA untuk menggantung keahliannya dan akan membuat rayuan rasmi kepada jawatankuasa pusatnya dalam langkah seterusnya.

Menurut surat penggantungan itu, Lee melanggar tata kelakuan parti dengan menyokong ataupun bekerja bagi pihak pembangkang dalam apa jua kedudukan, serta menyertai atau menyokong sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh parti pembangkang”.

Pada 3 Mac, Lee dilaporkan telah berkempen bersama Mahathir di Ayer Hitam, di mana beliau menggesa masyarakat Cina supaya mengundi Pejuang pada pilihan raya negeri Johor.

Lee, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Country Heights turut membidas bekas perdana menteri Najib Razak, dengan memberi amaran kepada orang awam supaya tidak bergaul dengan ‘orang yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah”.

Penggantungan keahlian Lee berkuat kuasa dari 7 Jun, dan beliau mempunyai 14 hari untuk membuat rayuannya. FMT

Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker