2 maut ketika kerja selenggara di Stadium Sultan Ibrahim

2 maut ketika kerja selenggara di Stadium Sultan Ibrahim

Dua pekerja syarikat pembersihan profesional maut apabila terjatuh ketika membuat kerja penyelenggaraan di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, hari ini.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun maut di tempat kejadian.



Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bertugas menyelenggara fasiliti milik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Ketika kejadian berlaku, cuaca berada dalam keadaan baik dan tidak hujan sepanjang mangsa bekerja membersihkan stadium.

“Kedua-dua mangsa secara tiba-tiba terjatuh ketika sedang bertugas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dijalankan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kamarul Zaman berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.



Sementara itu, JDT menerusi perkongsian di Facebook ‘Johor Southern Tigers’ menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku.

Menerusi status di FB itu, JDT mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja terbabit.

“JDT sedang menunggu laporan penuh berkaitan kejadian daripada pihak berwajib dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara stadium,” katanya.

Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020 lalu sekali gus menjadi venue rasmi JDT.



Dibina dengan kos RM200 juta, stadium itu menjadi gelanggang ‘tuan rumah’ buat skuad Harimau Selatan menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Selain memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000 orang, stadium yang dibina di tanah berkeluasan 28.3 hektar itu juga sebahagian daripada Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden. FMT

2 maut ketika kerja selenggara di Stadium Sultan Ibrahim


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?



Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker