Anjing Sayu Menangis Lihat Tuannya Menderita, Separuh Dadan Hancur Dihempap ‘Forklift’ [VIDEO]

Anjing Sayu Menangis Lihat Tuannya Menderita, Separuh Dadan Hancur Dihempap ‘Forklift’ [VIDEO]

BARU-BARU ini tular kisah yang meggemparkan mengenai seorang pemuda yang hilang separuh tubuh badan setelah ditimpa kemalangan ngeri.

Menurut buruh, Loren Schauers, 20, insiden jatuh bangunan ketika mengendalikan ‘forklift’ yang menyebabkan bahagian bawah tubuh dan lengan hancur, dan membuatkan hidupnya menderita.

Susulan kejadian itu, Loren dari Great Falls, Montana, Amerika Syarikat berkata, anjing peliharaannya, Atlas sangat prihatin dengan melindunginya sejurus lelaki ini bangun dari tempat tidur.

Katanya, haiwan itu akan menangis setiap kali melihat Loren dalam kesakitan malah ia akan berada berhampiran dan di sekelilingnya di dalam rumah.

Bercakap semasa bersiaran langsung di saluran YouTube, Loren dan isterinya, Sabia Reiche berkata, Atlas menangis kerana melihat tuannya menderira.

Dia yang kini meneruskan kehidupan tanpa tubuh badan dari bawah pinggang dan ke bawah berkata, anjing setia ini tidak pernah meninggalkannya.

“Ya, ia (Atlas) sebenarnya sangat comel. Kami harus rakam video momen itu tetapi setiap kali saya naik kerusi roda saya atau saya tidak bergerak, Atlas akan berada di sebelah saya. Sentiasa, duduk betul-betul di sebelah saya,” katanya.

Loren berjaya diselamatkan selepas terbabit dalam insiden terjatuh 50 kaki dari jambatan dan dihempap oleh forklift pada September 2019.

Buruh itu membuat keputusan berani untuk membenarkan pasukan perubatan melakukan pembedahan hemicorperektomi di mana bahagian di bawah pinggangnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya. –Daily Star

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker