Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH

Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman ditemani gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud.

Hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berkata, pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain dari kumpulan Search.

Amy bersama rakan-rakannya itu baru saja menjayakan persembahan sempena Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun lalu

Konsert berkenaan mendapat liputan meluas selain maklum balas positif daripada peminat-peminat setia kumpulan rock legenda negara itu.

Pada 5 Jun lalu, Konsert Endemik Search berlangsung selama dua malam di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung selama lebih dua jam dengan jumlah keseluruhan 45 lagu itu ‘full house’ selepas semua tiket habis terjual.

Selain Amy, gabungan tiga lagi tonggak kumpulan prolifik itu iaitu Hillary Ang dan Man Kidal dan Nasir Daud yang turut menggamit memori penonton menelusuri masa kembali ke era silam.

Dianggarkan pada malam pertama Konsert Endemik Search berlangsung seramai 1,600 penonton hadir.

Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker