Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN

Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN

Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemudanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tuduhan Muhammad Sanusi mengatakan cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal bagi mengelakkan sesetengah individu daripada dipenjara adalah tuduhan berniat jahat dan melampau.

“Bagi menghormati persahabatan di antara parti di dalam Muafakat Nasional, eloklah jika beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan BN,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, sebagai pemimpin kerajaan negeri, beliau seharusnya tahu bahawa institusi kehakiman tiada kaitan dengan badan eksekutif serta legislatif yang mempunyai pengasingan kuasa masing-masing dan ia harus dihormati semua pihak.

“Janganlah menjadi gunting dalam lipatan yang menjadi punca kepada perpecahan di dalam Muafakat Nasional yang asasnya adalah untuk menyatukan perpaduan politik di kalangan orang Melayu dan Islam.

“Pesan kami di Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, kita boleh berbeza pandangan dan pendapat secara matang. Tetapi bersifat biadap serta menabur tuduhan tidak berasas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Maka kami desak, mohon maaflah,” katanya.

Pada Sabtu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih ‘satu atau dua pemimpin gila kuasa’ yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pas tidak berminat untuk mengadakan PRU15 awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi yang dimiliki parti itu ketika ini.-SH

Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker