Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
Peminat filem Hong Kong pasti kenal dengan pelakon Rachel Lee, yang sangat popular pada era 90-an menerusi filemnya, Crazy Love (1993). Bukan sahaja popular, wajahnya dianggap sangat sensual dan seksi hingga digelar sebagai simbol seks. Mana taknya, banyak adegan bogel di dalam filem dibintanginya.
Tidak kelihatan selama hampir 30 tahun, Rachel Lee telah muncul dengan wajah baharunya. Wajahnya kini mengejutkan orang ramai, kenapa ya?
Rachel Lee memulakan kerjayanya daripada peranan kecil dalam filem Hong Kong pada 1980-an. Ia mengambil sedikit masa sehingga Rachel Lee akhirnya mendapat peranannya sebagai pelakon utama dalam filemnya, Devoted to You.
Pada awal 90-an Rachel Lee mula mengambil bahagian secara aktif dalam komedi erotik seperti Sex and Zen 2 dan Crazy Love. Melalui bakatnya, dia menerima Anugerah Kuda Emas pada tahun 1999 untuk Pelakon Wanita Terbaik.
Sudah lama tidak dilihat di kaca TV dan tidak didengari lagi, Rachel Lee kemudian muncul dan aga mengejutkan. Dia dilihat berkunjung ke sebuah kafe dan restoran terkenal di Hong Kong.
Dengan hanya memakai kemeja-t putihdan memakai topeng, penampilan Rachel Lee kelihatan santai dan selesa. Dia turut mengikat rambutnya untuk menampakkan wajahnya dengan jelas sekali. Penampilan Rachel Lee yang santai seolah-olah mengejutkan orang ramai. Kerana, wajahnya dikira sudah berubah. Malah dia menyebut ramai pelanggan tidak mengenalinya lagi dengan penampilannya sekarang.
“Saya berharap untuk melakukan perbualan dengan pelanggan lain, tetapi tidak ada yang melihat saya. Nenek Zhen, sekarang gemuk dan tua. Tidak ada yang memperhatikan lagi … Dari mana saya mendapatkan keberanian saya,” tulis Rachel Lee dipetik dari 8days.
Muat naik Rachel Lee kemudiannya meninggalkan komen posotif dan negatif dari netizen. Sebahagian daripada mereka bersetuju dengan perubahan Rachel Lee yang telah banyak berubah. Yang lain masih memuji Rachel Lee sebagai dewi simbol seks mereka. OM
Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
Baca Artikel Menarik:
- Puad bidas Annuar Musa
- Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar
- PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat
- Paul Pogba sertai syarikat fintech Islam, Wahed sebagai duta jenama
- Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan
- Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee
- Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH
- Kelibat berdiri bukan hantu tapi Bella – saksi
- Gajah ‘berdendam’ pijak, lempar mayat wanita
- Lakonan Dolla Makan Maggi Pedas Giler Dipuji Netizen (Video)
- Penternak Thailand Beri Ayam Makan Ganja Untuk Hasilkan Daging Yang Lebih Empuk
- Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India
- Haneesya dituduh sumbang mahram gara-gara workout dengan adik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!
#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka