Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks

Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks

SELEBRITI Fiza Halim menganggap dakwaan terhadap dirinya melakukan hubungan maksiat di bilik air di sebuah hotel hanya fitnah yang ingin menjatuhkan reputasi dirinya.

Menurut portal Oh Bulan, pelakon, penyanyi dan juga seorang model itu menyifatkan tuduhan itu sangat melampau dan mengakui bahawa dia tidak mampu memberi sebarang reaksi demi mahu menyenangkan hati orang lain.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 40, turut menegaskan bahawa dia tidak akan melakukan perbuatan keji yang akan merosakkan nama baiknya sebagai selebriti sekaligus memalukan keluarganya.

“Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.

“Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.

“Boleh fikir sendiri, logik ke tak. Takkan lah saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan nama sendiri dengan berkongsi di laman sosial.

“Agak-agak lah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali… sangat melampau. Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial yang mendakwa bekas anggota kumpulan Elite itu melakukan hubungan maksiat bersama pelanggannya di bilik air sebuah hotel terkemuka.

Perkongsian tersebut menunjukkan paparan skrin beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk perkhidmatan seks.

Tambah Fiza, dia mendiamkan diri pada awalnya kerana keadaan ibunya yang kini menghidap penyakit kanser usus tahap tiga.

Dalam pada itu, Fiza enggan menuduh mana-mana pihak kerana menyedari ramai orang iri hati melihat kebahagiaannya.

“Ibu saya dah la tengah sakit… dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus, dah stage 3. Tiba-tiba datang pula masalah lain.

“Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita,” ujarnya.

Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun kesemuanya tidak berkekalan.

Hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin, mereka dikurniakan dua orang anak yang bernama Ferra Aryana, 14, dan Feeya Adyrra, 13.

Fiza juga dikurniakan seorang anak hasil daripada perkahwinan ketiganya bersama juruterbang Aizat Al Jefri, iaitu Baby Aleena yang berusia hampir empat tahun. Utv

Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker