Filem animasi ‘Lightyear’ berunsur LGBT, petisyen haram filem ini dilancar

Lebih 1,600 tandatangan berjaya dikumpul menerusi satu petisyen pengharaman terhadap tayangan filem animasi Disney ‘Lightyear’ yang didapati mengandungi unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Setakat jam 3 petang ini, petisyen ‘KDN & LPF: Malaysia haramkan filem Lightyear Pixar & Disney kerana unsur LGBT’ yang dilancarkan Pengerusi Bersama gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar sudah meraih 1,670 tandatangan.

Menurut Dr Rafidah, filem animasi Lightyear keluaran Pixar dan Disney adalah ‘spin-off’ dari filem Toy Story yang menjadi kegemaran ramai kanak-kanak seluruh dunia.



“Malangnya, unsur homoseksualiti telah diterapkan di dalam filem ini melalui watak wanita Hawthorne yang mempunyai hubungan bermakna dengan wanita lain.

“Hubungan mereka digambarkan melalui ciuman sesama jantina. Dalam satu mesyuarat dalaman di mana video perbincangan telah dibocorkan, Pengarah Eksekutif Animasi, Latoya Raveneau berkata pasukannya tidak lagi berahsia dalam mengimplementasikan agenda gay dan secara berkala menambah Querness (sebahagian dari LGBTQ) dalam rancangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia tidak menerima LGBTQA sebagai suatu gaya hidup kerana berpegang kepada Islam sebagai agama Persekutuan, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

“Bahkan agama-agama lain juga menolak budaya LGBTQ. Implikasi LGBTQIA terutamanya transgender ke atas kanak-kanak dan remaja adalah terlalu besar.



“Implikasi homoseksualiti terhadap kesihatan fizikal dan mental juga adalah memudaratkan,” katanya.

Oleh itu, petisyen di platform change.org mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia mengharamkan tayangan filem Lightyear di Malaysia, sebagai pernyataan rasmi serta tegas terhadap ideologi yang disebar melalui kartun dan animasi.

“Bahkan, KDN dan LPF harus peka terhadap sebarang produk Disney di mana-masa hadapan kerana polisi mereka yang telah berubah.

“Walaupun di era ini, terdapat kaedah lain untuk sesiapa sahaja cuba mengakses filem-filem yang telah diharamkan (tindakan private domain), pengharaman oleh KDN dan LPF adalah satu pernyataan polisi yang tegas dalam ruang lingkup public domain yang memberi isyarat kepada kedua-dua pihak iaitu pengeluar filem dan masyarakat Malaysia akan nilai-nilai kekeluargaan kita yang tidak boleh dikompromi dengan ideologi LGBTQA yang dipaksakan ke atas anak-anak kita melalui kartun dan animasi,” katanya.



Dr Rafidah berkata, Arab Saudi, Kesatuan Emiriah Arab (UAE) dan Kuwait telah pun mengharamkan tayangan filem berkenaan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker