Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir



Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir

Komposer dan vokalis Azzara Band, Ejai Aziz mendedahkan dia terpaksa menanggung sakit di bahagian kemaluannya yang berasa panas setiap tengah malam hingga ke pagi selama tiga bulan akibat disihir pada tahun lalu.

Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 35, berkata pengalaman dilaluinya itu amat mengerikan sehingga dia berasa tiada harapan lagi untuk hidup selepas didatangi penyakit misteri berkenaan.

“Sebenarnya, pada setiap malam selama tiga bulan saya menanggung derita sakit di bahagian kemaluan yang berasa panas tiba-tiba tepat jam 12 tengah malam. Rasa panas itu semakin menjadi-jadi sekitar jam 3 pagi dan ‘hilang’ apabila azan Subuh.

“Jadi, saya pun ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut menerusi pemeriksaan doktor. Namun, ia membingungkan apabila saya diberitahu oleh doktor yang keputusan pemeriksaan kesihatan amat baik,” katanya lagi.




Ejai berkata bukan sekali dia ke hospital, tetapi enam kali membuat pemeriksaan di hospital berbeza bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Namun, semua doktor ditemui masih memaklumkan yang dia memang tiada apa-apa penyakit kronik.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah oleh doktor untuk rehat sepenuhnya. Tetapi, setiap kali tengah malam saja memang kemaluan akan berasa panas tiba-tiba yang menyebabkan tidak boleh tidur.

“Jadi, saya nekad mencuba pula rawatan Islam dengan bertemu dua orang ustaz untuk berubat. Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan berita sedih kerana didakwa sudah terkena sihir,” katanya.

Menurut Ejai, dia juga dimaklumkan sihir itu sudah lama ada di dalam badannya, namun hanya disedari pada Mac tahun lalu kerana berat badan semakin susut mendadak, tidur malam terganggu dan kemaluan panas seperti dibakar.

Jelasnya, berat badannya yang pada asal 55 kilogram akhirnya turun sehingga 44 kilogram dan menjadi terlalu kurus. Begitu juga, dengan selera makan dan minum yang terganggu teruk.




Ditanya mengenai kesihatannya kini selepas berubat secara rawatan Islam, Ejai yang juga bapa dua anak berkata dia masih dalam proses pemulihan untuk sembuh. Katanya, dia masih memerlukan masa untuk kembali sihat sepenuhnya semula.

“Apapun, segala yang berlaku ini ujian buat saya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Begitu juga, pada waktu sama saya tidak akan terlalu berkongsi perihal peribadi di media sosial melainkan urusan kerja sahaja,” katanya.

Kini, Ejai yang semakin aktif dalam penghasilan lagu buat rakaman kumpulannya termasuk karya untuk dinyanyikan penyanyi lain, memaklumkan dia sangat bersyukur rezeki dalam kerjaya seni tidak putus. HM

Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Leave a Reply

Your email address will not be published.