7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM

7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM

Jabatan Imigresen akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melengkapkan siasatan terhadap tujuh pegawai jabatan itu yang ditahan bagi membantu kes rasuah Isnin lalu, kata Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud.

Beliau berkata, penahanan tujuh pegawai disyaki terlibat dalam aktiviti pengeluaran pas dan dokumen imigresen secara tidak teratur serta didakwa melindungi warga asing itu adalah hasil kerjasama Jabatan Imigresen dan SPRM khususnya dari segi perkongsian maklumat.

“Kerjasama sepenuhnya akan diberikan kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka yang akan dilaksanakan secara penuh profesional,” katanya dalam kenyataan.

Pada 13 Jun lalu, SPRM dilaporkan menahan tujuh pegawai penguat kuasa dan dua individu termasuk warga asing bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM500,000.

Enam pegawai penguat kuasa termasuk pegawai kanan itu ditahan di Sarawak manakala seorang lagi di Selangor.

Khairul menegaskan Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan pegawai atau kakitangan yang didapati menyalahgunakan kuasa bagi tujuan kepentingan peribadi serta memperoleh wang secara mudah.

“Semua yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah,” katanya. FMT

7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker