Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Satu video tular memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan Whatsapp, antara pemain yang dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.



Namun, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen adalah mereka mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok.

Junior seperti yang dilaporkan portal HarimauMalaya berkata: “Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik.

“Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya.



Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. BH



Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)



GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker