Tindakan Pas yang tidak menepati janji punca Muafakat Nasional sampai ‘surah akhir’

PETALING JAYA: Tindakan Pas yang tidak menepati janji dan konsisten menjadi punca kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) tergelincir selepas parti itu masih tetap memilih menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bahkan, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan Pas menolak untuk menjalin kerjasama dengan UMNO ketika Pilihan Raya Ne­geri Melaka tahun lalu setelah disyaratkan menggunakan lambang sendiri, bukannya PN.

Namun katanya, UMNO pula dipersalahkan sehingga dianggap mengkhianati MN atas tindak tanduk yang dilakukan Pas.
“Sebenarnya kita tidak pernah pun tinggalkan mereka. Mereka yang tinggalkan MN. Mereka yang sekejap begitu, sekejap begini.

Di Melaka, kita ajak bersama dalam satu pasukan dengan syarat mereka guna lambang mereka sendiri. Tetapi mereka tak nak.

Mereka nak dengan PN. Tak apalah, kita tak ada masalah.

“Tetapi kemudiannya, mereka pula kata kita yang khianat. Itu yang pelik. UMNO tak pernah khianati MN. Itu sebabnya bila orang tanya saya pasal MN, saya kata MN ini sudah sampai kepada surah akhir kita. Cuma, sama ada nak khatam sahaja atau tidak.

Kalau nak khatam, khatamlah. Kalau tidak, kita sambung baca lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam pertemuan baru-baru ini..

Tambah Mohamad yang lebih mesra disapa Tok Mat, beliau perlu tegas dan bersuara dalam me­mperbetulkan persepsi rakyat yang memandang serong UMNO sebagai pengkhianat selepas tiada lagi kerjasama dalam MN.

“Semua itu adalah perkara yang boleh dirundingkan. Tak timbul soal UMNO meninggalkan atau mengkhianati MN. UMNO tetap UMNO.

Pun begitu, saya mesti tegas dan bersuara. Cakap-cakap yang mereka lontarkan seolah-olah UMNO yang mengkhianati MN. Itu sama sekali tidak benar.

“Kami tak pernah kata kami dah tinggalkan MN. Yang UMNO kata, kalau hendak kembali ke dalam MN, baliklah sorang-sorang. Janganlah bawa bini muda balik ke rumah bini tua pula. Kita tak terima bini muda kan?,”ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap Pas lebih menunjukkan kesungguhan, kese­riusan dan konsistensi dalam pendirian selain menunaikan janji-janji.

“Tinggalkan PN, sebab dah janji kita akan bersama dengan MN seperti dalam beberapa mesyuarat MN.
“Tapi, seperti yang semua dapat lihat, akhirnya Pas menyertai PN. Kita tak marah pun. Itu hak dan pilihan mereka. Cuma, itulah penyebabnya MN ini tergelincir, sebab Pas menyertai PN,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker