Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad

Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad

Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing di negara ini menyatakan sokongan tindakan seorang ahli politik negara India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan polis berkaitan rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok menggunakan nama @ganggarammahto280 itu.

“Video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong tindakan Nupur Sharma, ahli politik dari parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abd Jalil, siasatan berhubung video berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Tambah beliau, siasatan masih diteruskan dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. BH

Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker