Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka


Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka

Kerap berbincang soal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memberi kesan kepada kestabilan politik, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun kata Ismail, setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU15.

Jelasnya kerajaan yang ada ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri antara pemimpin parti di dalam kerajaan.



“Saya dah beritahu tak ada seorang pun perdana menteri berbincang mengenai tarikh PRU secara terbuka di khalayak ramai.

“Semua perdana menteri tak bincang soal tarikh PRU, jadi ini beri kesan kepada kestabilan politik, kalau kita bincang jadi akhirnya tumpuan kita lebih kepada soal pilihan raya.

“Tetapi PRU tetap ada semakin hari semakin hampir dengan tarikh PRU15,” katanya pada sidang media selepas pelancaran pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di ibu negara hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengakutan, Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim.



Sebelum ini pemimpin Umno menggesa supaya perdana menteri mempercepatkan PRU15 diadakan bagi mendapat mandat baru dari rakyat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata kerajaan berada dalam keadaan stabil dengan sokongan semua pihak termasuk pembangkang bagi memboleh tumpuan diberikan kepada usaha memulihkan ekonomi.

“Apa yang berlaku dalam keadaan sekarang stabil, tidak ada isu besar, pertembungan antara kenyataan-kenyataan keras parti politik juga tidak ada.

“(Kerajaan) masih stabil, ini membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi negara, menyelesaikan isu kenaikan harga, memulihkan bekalan,” katanya. Mk



Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)



GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker