‘Ia Bukan Manusia’, Mahkamah Tolak Petisyen Pembebasan Gajah Di Zoo Bronx

‘Ia Bukan Manusia’, Mahkamah Tolak Petisyen Pembebasan Gajah Di Zoo Bronx

NEW YORK: Mahkamah Tinggi New York memutuskan seekor gajah di Zoo Bronx “bukan manusia” dan kumpulan hak sivil yang memperjuangkan pembebasannya tidak berhak berbuat demikian bagi pihak haiwan itu.

Gajah bernama Happy itu telah dipelihara di Zoo Bronx sejak 45 tahun lalu, dan kumpulan yang memperjuangkan pembebasannya, Projek Nonhuman Rights, mendakwa ia tidak mempunyai hubungan sosial langsung yang mencukupi selepas beberapa gajah yang lain mati, kata mahkamah.

Selepas Zoo Bronx mengumumkan akan menamatkan program gajah dalam kurungan, hanya Happy dan seekor lagi gajah betina yang kekal di zoo itu dan ditempatkan secara berasingan kerana “hubungan mereka tidak baik”.

“Kami menolak hujah pempetisyen bahawa mereka berhak mendapatkan habeas corpus bagi pihak Happy,” tulis Ketua Hakim, Janet DiFiore dalam keputusan itu.

“Habeas corpus ialah prosedur yang bertujuan untuk menjamin hak kebebasan manusia yang dihalang secara tidak sah, bukan haiwan,” tambahnya.

Kumpulan hak asasi berkenaan berkata Happy adalah “haiwan yang luar biasa dengan kognitif dan autonomi kompleks” dan berhujah bahawa haiwan itu harus diiktiraf dengan diberi hak untuk bebas.

Lauren Choplin, jurucakap Projek Nonhuman Rights berkata dalam satu kenyataan kepada CNN bahawa keputusan itu merugikan Happy, tetapi mereka akan meneruskan kempen untuk membebaskannya sambil mempertimbangkan langkah undang-undang seterusnya.

“Ia juga merupakan satu kerugian bagi semua yang mengambil berat tentang nilai dan prinsip keadilan autonomi, kebebasan, kesaksamaan dan kami akan memastikan tiada yang dinafikan hak asasi hanya berdasarkan siapa atau apa,” kata Choplin dalam kenyataan itu.

Keputusan itu juga menyatakan Happy tidak mempunyai hubungan sosial langsung yang mencukupi dengan gajah lain disebabkan situasi kehidupannya, tetapi ia bukan berpunca daripada perlakuan kejam atau cuai mana-mana pihak.

Happy merupakan seekor gajah Asia betina yang dilahirkan di hutan di Thailand pada tahun 1971, sebelum dibawa ke Amerika Syarikat.

‘Ia Bukan Manusia’, Mahkamah Tolak Petisyen Pembebasan Gajah Di Zoo Bronx

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker