Najib Beri Peluang Anak-anak Malaysia Jayakan Projek MRT

Oleh Nurul Aisyah

SATU persatu projek yang dimulakan oleh Datuk Seri Najib dahulu, kini membuahkan hasilnya dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia semua. Negara sekali lagi bakal mencatatkan sejarah dalam sektor pengangkutan awam apabila Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu yang dilaksanakan pada 2014 memulakan operasinya hari ini.

Mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa projek yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib ini diusahakan oleh anak-anak Malaysia. Memang diakui perancangannya tidak mudah dan pelaksanaannya mencabar namun Datuk Seri Najib sentiasa yakin dengan kebolehan anak-anak Malaysia maka beliau memberi peluang kepada mereka untuk menjayakannya.



Projek MRT ini memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda sama ada mereka di pejabat, ataupun di lokasi “on-site”. Dari pengurusan dan staf MRT hinggalah kepada kontraktor-kontraktor pembinaan, mereka semua mendapat peluang untuk mengasah bakat dan menikmati pendapatan lumayan secara holistik.

MRT merupakan projek pengangkutan awam yang moden dan memudahkan rakyat. Kini MRT2 sudah boleh dinaiki mulai 16 Jun. Projek tersebut
sepatutnya siap tahun 2021 namun kerana gangguan kerajaan PH dalam projek MRT dengan pemotongan stesen, pemansuhan fasiliti dan pengurangan infrastruktur maka berlakulah penangguhan demi penangguhan.

Kelemahan kerajaan PH dalam pengurusan projek-projek infrastruktur lain turut membawa kesan besar terhadap pembangunan Malaysia.
Seluruh MRT2 ini panjangnya kira-kira 57.7km dengan 36 stesen dari Kawasan Damansara hingga ke Putrajaya.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.



MRT Laluan Putrajaya itu mempunyai sembilan stesen baharu iaitu Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Sementara tiga stesen laluan Kajang iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat serta Sungai Buloh yang beroperasi pada 2016 dan ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi kerja pemindahan stesen untuk menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya baharu juga dibuka semula.

Penumpang boleh bertukar antara tren MRT Laluan Putrajaya dan MRT Laluan Kajang di Kwasa Damansara selain ia turut menghubungkan laluan lain seperti perkhidmatan KTM di Sungai Buloh, Sri Damansara Timur (dengan Stesen KTM Kepong Sentral) dan Kampung Batu.

Di Kampung Batu, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan pertukaran ke laluan KTM Komuter Batu Caves-Pulau Sebang.



Satu lagi alternatif ialah dengan menggunakan Bas Rapid KL No 173 untuk ke Lebuh Ampang atau menaiki bas percuma Go KL Laluan Merah Manggis.

Fasa Satu ini akan mempunyai 20 set tren yang beroperasi secara automatik dan tidak memerlukan pemandu dengan setiap set tren mempunyai empat gerabak yang boleh memuatkan seramai 1,200 penumpang.

Selebihnya, dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral akan mula beroperasi pada awal tahun 2023. Menariknya, line MRT ini juga akan melalui Tun Razak Exchange (TRX), sebuah pusat kewangan dan komersial bertaraf dunia.

Perkhidmatan MRT itu akan melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam sedia ada di Lembah Klang dengan menyediakan perkhidmatan yang bersepadu, mampu bayar dan lancar untuk pengguna.



MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia mandapat manfaat dari pembukaan MRT ini. Demi untuk rakyat Malaysia.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker