Saya beritahu Muhyiddin saya akan jumpa Zuraida – PM



Saya beritahu Muhyiddin saya akan jumpa Zuraida – PM

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan bertemu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin minggu depan berhubung kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu dalam Kabinet kerajaan pimpinannya.

Ismail Sabri berkata dia telah memaklumkan perkara itu kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan akan bertemu bekas perdana menteri itu selepas pertemuan dengan Zuraida.

Jelasnya, Zuraida masih menghadiri mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam.

“Saya akan jumpa Zuraida minggu depan. Saya sudah bagi tahu Muhyiddin yang saya (akan) jumpa Zuraida dulu.




“Seperti saya katakan jawatannya tidak gugur selagi mengesahkan dia berhenti daripada Kabinet ataupun diberhentikan.

“Setakat ini Zuraida kekal sebagai menteri dan bertugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pelancaran pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di ibu negara hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengakutan, Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim.

Dua hari lalu, Muhyiddin berkata pihaknya menunggu pertemuannya dengan perdana menteri membincangkan kedudukan Zuraida dalam kabinet.

Ahli Parlimen Pagoh itu berpandangan menteri industri perladangan dan komoditi itu perlu diganti kerana merupakan menteri Bersatu semasa memegang jawatan berkenaan.




Ditanya mengenai mesyuarat Bersatu yang turut membincangkan kedudukannya sebagai perdana menteri, Ismail Sabri berkata ia sekadar khabar angin kerana perkara itu telah dinafikan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

“Tak tahu (itu) dalam mesyuarat Bersatu saya tak masuk. Khabar angin menyatakan ada bincang, tapi telah dinafikan oleh Ahmad Faizal yang menyatakan akan terus menyokong kerajaan yang ada.

“Tidak ada ketidakstabilan politik pada masa ini, anda tengok lah, tiada pertembungan antara siapa-siapa,” katanya lagi. Mk

Saya beritahu Muhyiddin saya akan jumpa Zuraida – PM


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Leave a Reply

Your email address will not be published.