Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen

Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan mengunci mulut berhubung dakwaan netizen yang menyifatkan penampilannya kini semakin berani dan seksi.

Azira tidak mahu kenyataannya kelak disalah tafsir dan membuka lebih ruang dan peluang buat netizen untuk terus menerus mengecamnya.

“Minta maaf sangat. Pasal isu ini, nanti orang salahkan saya semula. Lebih baik saya tak kata apa-apa tentangnya.

“Saya tak ada nak komen apa-apa. Perkara ini sensitif. Cakap salah, tak cakap pun salah.

“Minta maaf sangat. Pasal isu ini, nanti orang salahkan saya semula. Lebih baik saya tak kata apa-apa tentangnya,” katanya.

Terdahulu, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan teruk menerima kecaman ramai selepas tampil berani berpakaian seksi dan mencolok mata dalam media sosial.

Lengkap berbusana ketat jenis tube bodycone dress berona coklat gelap, ruangan Instagram Azira dihujani pelbagai kecaman yang rata-rata terkejut dengan imejnya itu.

Menjengah ruangan komen, warganet menyifatkan imej yang digayakan Azira terlalu seksi sebagai wanita Islam dan seharusnya tidak perlu dikongsi dalam media sosial.

“Baju ikut bentuk badan umpama macam kau berbogel. Harap tiada siapa sokong dan ikut cara dia berpakaian begini.

“Akak dah tak macam dulu, dulu akak tak seksi, sekarang makin seksi. Kenapa kak? Saya nak akak yang dulu. Saya tak sanggup tengok Azira Shafinaz yang begini.

“Aurat tu kak. Tak perlulah nak ‘belanja’ sangat. Awak tu orang Islam,” komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang tidak hanya menghentam dan menemplak anggota kumpulan De Fam itu sewenang-wenang, namun menasihatinya untuk berubah secara perlahan-lahan ke arah kebaikan.

“Berubahlah. Masih ada masa, hidup kita ini sekali dan sebentar sahaja,” tulis mereka. K Online

Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker