Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia

Kejelitaan Boje dan katangkasannya di gelanggang membuatkan gadis ini semakin mencuri perhatian peminat badminton dunia. – Instagram

JAKARTA – Bintang badminton regu campuran dari Denmark, Alexandra Boje yang menyertai Terbuka Indonesia menjadi perhatian peminat sukan tersebut di republik itu, lapor laman Wolipop.

Boje yang baru berusia 22 tahun digilai peminat disebabkan rupa paras yang jelita hingga digelar ‘Bidadari Badminton’ oleh pengikut media sosialnya.

Memiliki rambut perang dan bermata biru laut, wajah Boje dikatakan persis anak patung mainan Barbie yang cantik.

Bergandingan dengan Mathias Christensen yang juga kekasihnya di luar gelanggang, gadis itu  juga menunjukkan peningkatan dalam prestasi permainan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik dunia.

Menurut laporan media, Boje dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan pemain badminton regu lelaki Indonesia, Kevin Sanjaya yang digelar The Minions bersama rakan regu, Marcus Gideon.

Mengakui Indonesia sebagai negara kegemarannya, Boje ternyata sudah membuatkan ramai peminat badminton negara itu jatuh cinta kepadanya. – Agensi

Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker