Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie

Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie

Jovian Mandagie, menantu perdana menteri, menafikan dilantik sebagai naib pengerusi eksekutif baharu dalam syarikat pengeluar pakaian Caely Holdings.

Pengumuman syarikat itu mengenai pelantikannya adalah “palsu, tidak benar dan mengelirukan”, katanya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Caely mengumumkan pelantikan Jovian sebagai naib pengerusi eksekutifnya.

Menurut Jovian, dalam mesyuarat yang dihadirinya dengan pengerusi eksekutif kumpulan Caely, Loh Ming Choon pada Isnin, beliau ditawarkan jawatan naib pengerusi eksekutif untuk mengetuai rombakan bahagian pakaian syarikat itu.

Bagaimanapun katanya, “tiada persetujuan lisan muktamad” mengenai tawaran itu dicapai.

“Saya tidak bersetuju untuk menerima pelantikan sebagai naib pengerusi eksekutif Caely,” kata Jovian dalam kenyataan.

“Saya ingin menegaskan lagi bahawa saya tidak melaksanakan sebarang borang dan/atau perjanjian yang menunjukkan saya menerima pelantikan tersebut.”

Pereka fesyen itu berkata, pengumuman yang dibuat Caely itu mencemarkan “reputasi korporat, perniagaan dan peribadinya”.

“Saya akan mendapatkan nasihat perundangan mengenai perkara ini untuk meneruskan sebarang cara yang perlu bagi melaporkan salah laku tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Caely menyaksikan rombakan lembaga pengarah pada Rabu yang membawa kepada penyingkiran sembilan pengarah dan pelantikan empat pengarah baharu. FMT

Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker