Polis cari empat remaja lari dari rumah anak yatim

Polis cari empat remaja lari dari rumah anak yatim

KUANTAN: Polis melancarkan gerakan mencari empat remaja lelaki, termasuk tiga beradik yang dipercayai melarikan diri dari rumah anak yatim dan miskin, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata usaha mengesan remaja berumur di antara 13 dan 15 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan kehilangan mereka.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, kehilangan empat remaja terbabit disedari apabila penyelia asrama berusia 35 tahun dimaklumkan penghuni asrama lain pada jam 12.30 tengah malam.

“Empat remaja yang juga pelajar ini dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang asrama.

“Susulan kehilangan mereka, usaha mencari dilakukan, namun masih gagal menemui mereka sebelum penyelia asrama membuat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, empat remaja yang melarikan diri berasal dari kampung dan daerah sama di negeri ini.

Katanya, siasatan mendapati empat remaja lelaki itu menetap di rumah anak yatim dan miskin itu bagi tempoh antara satu dan dua tahun.

“Mereka dipercayai melarikan diri kerana tidak berpuas hati dengan penyelia yang melarang menggunakan telefon.

“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya. BH

Polis cari empat remaja lari dari rumah anak yatim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker