Bintang muda bersinar, Nurul Izzah tuai emas di New Delhi

Nurul Izzah menjadi pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, pada Ahad.

Pelumba berusia 19 tahun itu mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.

Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com.

Sementara itu, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.

Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis mengakhiri saingan di tempat ketujuh.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker