Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing
Kuala Lumpur: Tahun lalu Allahyarham Adibah Noor pernah berkongsi berita duka mengenai kematian kucing kesayangannya, Bobby, yang menjadi peneman setianya hampir 15 tahun.
Kini tuan empunya badan pula menyusul bertemu Pencipta selepas menghidap penyakit kanser ovari tahap empat.
Selain Bobby, Allahyarham turut memiliki beberapa kucing peliharaan lain yang diberi nama Along, Marco dan Billy.Pelantun lagu Terlalu Istimewa itu juga dikenali sebagai pencinta kucing dan untuk rekod, dia memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka termasuk kucing jalanan yang dibela di rumahnya.
Ketika hayatnya Allahyarham mengaku tidak mudah untuk menjaga 40 ekor kucing dan tanggungjawab yang dipikul amat besar.
“Bukan mudah untuk menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka. Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik.
“Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela. Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka,” katanya.
Allahyarham yang aktif di laman Twitter miliknya turut dikenali sebagai pencipta kucing apabila sering membantu untuk ulang ciap (retweets) setiap perkongsian berkaitan kucing.
Lebih menyedihkan ulang ciap terakhir di akaun Twitter Allahyarham adalah berkaitan seorang pengguna yang meminta bantuan untuk mendapatkan tempat perlindungan buat anak kucing yang ditemui pengurusnya.
Ulang ciap terakhir daripada Allahyarham semalam itu mendapat perhatian ramai apabila menyifatkan Adibah individu yang berhati mulia.
“Semoga asbab kak Dibah kasih dengan kucing moga Allah tempatkan dalam syurga.””Fakta yang dia masih retweets mengenai kucing”
“Retweet terakhir Adibah Noor fasal bantuan kucing. Al-fatihah,” kata beberapa pengguna di ruangan komen selepas Adibah mengulang kicau terbabit.
Semalam industri seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Adibah di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang akibat kanser ovari tahap empat.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex