Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)

Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)

Semakin panas nampaknya kontroversi mengenai kisah percintaan duda kepada pelakon Ellie Suriaty iaitu Azri Iskandar apabila rancangan hiburan terkenal Melodi ada menemubual aktor itu dan turut secara ‘live’ menghubungi wanita yang didakwa kekasih barunya itu.

Apa yang membuatkan keadaan lebih mengelirukan adalah apabila kekasih Azri Iskandar yang dikenali sebagai Dr Azra seperti enggan bercakap malah segera meletakkan telefon setelah mengetahui percakapan tersebut dirakam.



Terkejut dengan keadaan itu, Azri memohon maaf dan memberi alasan Azra sedang sibuk ‘shooting’.

Dalam pada itu, dia yang ditemui wartawan Melodi berkata dan berjanji akan berkongsi dengan lebih lagi mengenai Azra setelah dia berjumpa dengan keluarga bakal isterinya itu di Perlis kelak.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen merasakan Azri Iskandar seolah-olah ‘ditipu’ dan buta kerana cinta kerana identiti wanita berkenaan seperti terlalu ‘shady’ dan tidak dapat dipastikan wujud atau tidak.

Komen TikTok



Pelik kalau tengah shooting takkan tak ada siapa yang kenal dr Azra ni. Lagi pelik terus letak phone.
Terdahulu, Ellie Suriaty mengakui dia rela melepaskan Azri dan gembira jika bekas suaminya itu menemui cinta baharu namun meminta Dr Azra untuk tampil ke hadapan jika benar dirinya wujud.

Menurut Ellie, tiada carian yang menemukan dia dengan wanita itu setelah diselidik oleh rakan-rakannya di internet, malah akaun Facebook milik Dr Azra juga kelihatan palsu seperti yang didakwa oleh netizen. Bn

Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren



Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker