Bas ekspres terbalik, 10 penumpang cedera

Bas ekspres terbalik, 10 penumpang cedera

Seramai 10 penumpang cedera selepas bas ekspres yang dinaiki hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Gunong-Jelawat, Bachok, Kelantan, pagi tadi.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku 5.30 pagi namun kesemua penumpang hanya cedera ringan.

Beliau berkata, ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat.

“Sebaik tiba di selekoh Kampung Bator, bas yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di bahu jalan.

“Terdapat 10 penumpang yang berada dalam bas terbabit dan kesemua mereka hanya cedera ringan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, usaha mengalih dan mengangkat bas sudah dilakukan oleh syarikat bas berkenaan pada 11 pagi tadi dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. FMT

Bas ekspres terbalik, 10 penumpang cedera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker