Lejar UKSB: Menyorot ‘tarikh tertentu’ Muhyiddin

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa menerima RM1.3 juta daripada sebuah firma yang didakwa memberi rasuah

Susulan itu, Muhyiddin menyangkal dakwaan tersebut dan menurutnya, dia sedang menjalani rawatan di luar negara pada salah satu tarikh pembayaran yang didakwa berlaku.

Laporan ini akan meneliti keberadaan Muhyiddin semasa pembayaran yang didakwa dibuat oleh UKSB.

Imbas semula

Seorang saksi membuat kejutan semasa perbicaraan kes rasuah Zahid pada Jumaat lepas apabila dia memberi keterangan bahawa syarikatnya membuat bayaran tunai kepada beberapa ahli politik.

Dalam prosiding itu, David Tan Siong Sun, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), ditunjukkan lejar syarikat dan diminta mengenal pasti beberapa akronim.

Antara lain, Tan mengenal pasti “TSM” sebagai “Tan Sri Muhyiddin” dan Muhyiddin – menteri dalam negeri pada masa itu – dibayar tunai RM1.3 juta, dibahagikan kepada tiga bahagian pembayaran.

“Pada 4 Jun 2018 sebanyak RM300,000, 4 Julai 2018 sebanyak RM500,000 dan 23 Ogos 2018 RM500,000,” kata saksi itu, menurut agensi berita nasional Bernama.

Keterangan Tan diberikan semasa perbicaraan terhadap Zahid atas 40 pertuduhan meminta sogokan rasuah, dalam pelbagai mata wang, daripada UKSB berjumlah lebih sedikit RM48 juta (pada kadar pertukaran hari ini).

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Oktober 2014 dan Mac 2018. Zahid merupakan menteri dalam negeri dalam tempoh itu. Muhyiddin menggantikan Zahid pada Mei 2018.

Muhyiddin: Saya berada di luar negara

Muhyiddin menafikan keterangan Tan. Jika maklumat yang didedahkan di mahkamah adalah palsu, saksi itu boleh dibicarakan kerana sumpah bohong.

Menurut Muhyiddin, dia tidak menerima dana itu pada tarikh yang dinyatakan Tan dan ketika itu dia berada di luar negara.

“Pada masa itu, saya menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut. Tugasan saya sebagai menteri dalam negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Hal ini tersebar luas dalam media massa,” katanya.

“Malahan pada ‘tarikh tertentu’ yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.

“Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata dia tidak pernah menerima sebarang wang daripada Tan atau orang lain daripada UKSB. Tambahnya, dia tidak pernah disiasat oleh pihak berkuasa berhubung perkara ini dan bersedia untuk disiasat.

Oleh itu, dia menggesa pihak pendakwaan menjelaskan perkara tersebut yang dikatakan memfitnahnya.

‘Pembayaran’ sebelum dan selepas

Muhyiddin antara kumpulan pertama menteri kabinet Pakatan Harapan yang mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.

Bayaran pertama RM300,000, seperti yang didakwa Tan, berlaku hanya 14 hari kemudian pada 4 Jun manakala pembayaran kedua RM500,000 didakwa dibuat pada 4 Julai.

Keesokan harinya, Muhyiddin hadir majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Pada majlis itu, Muhyiddin, bagi pihak Kerajaan Persekutuan, menerima cek RM1 juta daripada kontraktor Kementerian Dalam Negeri Datasonic Group yang dimaksudkan untuk dana Tabung Harapan Malaysia.

Muhyiddin kemudian bercuti pada 12 Julai dengan Mahathir mengambil alih Kementerian Dalam Negeri. Muhyiddin menerima rawatan berkaitan kanser pankreas di Singapura.

Muhyiddin keluar dari pusat perubatan pada 7 Ogos. Pada 13 Ogos, dia berada di Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai hli parlimen Pagoh.

Bayaran ketiga yang didakwa berjumlah RM500,000 berlaku 10 hari kemudian pada 23 Ogos.

 

Tarikh tidak pasti

Muhyiddin, dalam kenyataannya, berkata semasa “tarikh tertentu” yang didakwa berlaku pembayaran itu, dia sedang berada di luar negara untuk menerima rawatan.

Dia tidak menyatakan secara khusus tarikh yang mana, antara tiga tarikh yang disebut oleh Tan sebagai tarikh yang dimaksudkannya.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat Muhyiddin untuk mendapatkan penjelasan mengenai “tarikh tertentu”. Pada masa artikel ini ditulis, tiada sebarang maklum balas diterima.

Semakan awal ke atas arkib media tempatan dan Singapura gagal mengesan laporan bahawa Muhyiddin berada di luar negara pada tarikh tersebut

Bekas presiden Umno Najib Razak pula menyoal kekaburan yang menyelubungi “tarikh tertentu” dan menulis mengenainya dua kali di laman Facebooknya.

Menurut Najib, Muhyiddin “berbohong” tentang tidak berada di dalam negara ini pada tiga tarikh tersebut.

“Sebab Muhyiddin belum menjawab selepas timeline jelas menunjukkan dia membohong bahawa dia tidak berada dalam Malaysia pada tarikh dia didakwa terima sogokan, kita minta Ketua Penerangan Bersatu (Wan Saiful Wan Jan) merangkap penulis buku manifesto bukan kitab suci untuk memberi penjelasan.

“Eh.. buatlah kerja. Ketua penerangan tak mahu terangkan ke? Asyik membisu je,” tanya Najib di laman Facebooknya semalam.

Kesimpulan

Daripada maklumat yang tersedia untuk awam, tidak dapat dipastikan sama ada Muhyiddin berada di luar negara atau tidak, pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.

Sepanjang tempoh Muhyiddin cuti perubatan (12 Julai 2018) dan mengangkat sumpah jawatannya sebagai ahli parlimen (13 Ogos 2018), dia sebahagian besarnya berada di luar negara.

Bagaimanapun, pada tempoh antara 4 Julai 2018 dan 23 Ogos 2018, Tan mendakwa berlaku pembayaran tunai RM1 juta kepada Muhyiddin dalam dua bayaran yang sama.

Namun, tidak boleh disimpulkan bahawa penafian Muhyiddin sepadan dengan maklumat yang diberikan oleh Tan mengenai tiga dakwaan pembayaran itu.

Ini kerana tiada penjelasan lanjut daripada pejabat Muhyiddin, termasuk invois untuk rawatan atau cap imigresen pada pasport diplomatiknya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker