Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga

Orang ramai membantu meleraikan pergaduhan antara mangsa dan peniaga wanita di Pantai Merdeka dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun cedera pada kening selepas berlaku pertengkaran dengan seorang peniaga di kawasan peranginan Pantai Merdeka di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, remaja terbabit dikatakan bergelut dengan peniaga wanita berusia 23 tahun sehingga dia mengalami kecederaan pada kening kanan dipercayai akibat diserang menggunakan kunci kereta.

Video pergaduhan tersebut turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membantu kakaknya berniaga barang mainan kanak-kanak di sebuah gerai di situ.

“Suspek yang merupakan seorang operator kilang sebelum itu menemui mangsa dan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Mangsa dikatakan diserang menggunakan kunci kereta sehingga mengakibatkan kecederaan pada kening kanan selain mengadu sakit pada badan kerana terjatuh akibat ditolak suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pergelutan tersebut berjaya dileraikan orang ramai sebelum mangsa dihantar mendapatkan rawatan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Tambahnya, pihaknya bertindak menahan suspek dan hasil siasatan awal mendapati punca kejadian kerana suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berkaitan perniagaan yang diusahakan mereka di situ. – KOSMO! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker