Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Jabatan Pertanian Negeri Kedah memperkenalkan dua varieti durian klon baharu di negeri ini iaitu D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong di sini.

Durian jenis J.Sparrow dan Jerai itu mempunyai ciri-ciri istimewa yang setanding dengan varieti terkenal lain seperti D197 (musang king) dan D200 (duri hitam).

Harga jualan J. Sparrow pada ketika ini adalah antara RM35 hingga RM45 sekilogram manakala RM20 hingga RM35 sekilogram bagi durian Jerai.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Azman Nasrudin berkata, dua varieti durian tersebut telah didaftarkan sebagai varieti durian klon yang khusus untuk negeri ini sejak tahun lalu.




Katanya, antara ciri-ciri durian J. Sparrow adalah isi utamanya berwarna perang kuning muda dan mempunyai aroma sederhana selain purata kemanisannya pada kadar 35.3 peratus brix dengan kepahitan sederhana.

“Durian Jerai pula warna isi utamanya adalah kuning muda dan ia mempunyai aroma yang kuat, purata kemanisan pula adalah 35 peratus brix dengan kepahitan sederhana serta mempunyai tekstur sederhana kasar dan rasa berkrim yang kuat,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan durian klon itu di ladang berkenaan di sini hari ini.

Menurut beliau, varieti baharu itu dijangka bakal menjadi antara varieti buah durian pilihan pengemar durian di negara ini. K Online

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Leave a Reply

Your email address will not be published.