Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib

Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib

Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengurangkan separuh saiz tren, menjadi punca kepada masalah perkhidmatan LRT yang kerap kali tergendala, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, kegagalan menambah tren baharu menyebabkan kekerapan tren LRT dilambatkan kepada enam minit terutama ketika waktu puncak.

Najib berkata, pelan asal bagi projek LRT3 dalam pembinaan pula ialah untuk kekerapan setiap 2 minit pada masa puncak apabila ia mula beroperasi pada tahun 2020.

“Kekerapan tren LRT setiap enam minit pada masa puncak pasti akan menyebabkan kesesakan teruk.

“Sebab itu, sasaran tren LRT1 dan LRT2 sepatutnya 3 minit tetapi telah dilambatkan kepada enam minit akibat masalah penyelenggaraan serta kegagalan menambah tren baharu selepas PRU14,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, selepas pilihan raya umum ke-14, Lim Guan Eng yang juga menteri kewangan ketika itu telah meminta projek itu ditangguhkan kepada 2024.

Kata Najib, bekas setiausaha agung DAP itu mengurangkan bilangan tren dan koc masing-masing kepada 22 dan tiga daripada 42 tren dan enam koc sebelum ini, malah bilangan stesen LRT3 dan panjang platform juga turut dikecilkan.

“Lagi malang ialah jumlah stesen, kepanjangan platform serta saiz stesen LRT3 turut dikecilkan kerajaan PH dahulu. Saiz stesen menjadi lagi kecil berbanding stesen LRT1 dan LRT2 sedia ada.

“Jadi, nak pulihkan tren ke enam gerabak bagi masa puncak pun tak boleh sebab platform stesen tak muat,” tambahnya.

Katanya, kesesakan dijangka lebih teruk memandangkan untuk menambah tren kerana jumlah tren dalam stok juga dipotong separuh.

“Akibatnya, ianya tidak mustahil bahawa pengguna LRT3 akan beratur sampai ke jalan raya pada masa puncak. Terima kasih, PH,”ujarnya. FMT

Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker