Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto


Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto

Seorang lelaki di Thailand nekad mencuri sebilangan rantai emas bernilai 2 juta baht (RM249,603) dari sebuah kedai emas di daerah Phra Nakhon, Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ketika kejadian, suspek memasuki premis tersebut dan mengeluarkan pistol lalu mengacukannya ke arah kakitangan dan pelanggan.

Pemilik kedai, pekerja dan pelanggan bertindak melarikan diri ke sebuah bilik di belakang kedai itu.

Perompak itu kemudian mengambil sebilangan rantai emas lalu dan melarikan diri dengan menaiki motosikal. Dua rantai emas yang tercicir ditemui di kaki lima jalan di luar kedai berkenaan.

Polis menggunakan rakaman sistem televisyen litar tertutup untuk menjejaki suspek sebelum berjaya menahannya kelmarin.

Mereka kemudian mengiringinya untuk melakonkan semula jenayah tersebut selaras dengan prosedur undang-undang di Thailand.

Polis berkata, lelaki itu mengaku merompak kedai emas kerana tertekan akibat kerugian mata wang kripto.

Lelaki itu adalah antara orang yang terjejas akibat krisis mata wang kripto yang melanda dunia sekarang ini.

Kelmarin, mata wang Bitcoin menurun di bawah AS$20,000 (RM88,030) seunit buat kali pertama sejak Disember 2020. K Online

Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker