Mahathir kata kehilangan Batu Puteh adalah kesilapan Kerajaan Johor

Mahathir mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu telah dilaporkan di KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu telah dilaporkan di luar konteks.

Sebaliknya, bekas perdana menteri itu menjelaskan, kenyataan beliau hanya merujuk kepada Pulau Batu Puteh yang pemilikannya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia berbanding wilayah lain yang sebelum ini diambil dari Malaysia.

Menurutnya, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.

“Sekiranya penafian itu tidak dibuat maka tidak akan ada pertikaian pada ketika ini.

“Malaysia seharusnya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia dan ia tidak dituntut semula Indonesia.

“Sungguh, kita tidak bersyukur dengan keuntungan yang diperoleh.

“Kedua-dua pulau ini mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding Pulau Batu Puteh yang hanya merupakan batu,” katanya dalam perkongsian melalui akaun Instragram pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan, Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah kongres pada Ahad lalu berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.

Tegasnya, ia kerana, Riau dan Singapura adalah sebahagian Tanah Melayu berdasarkan sejarah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker