PM tak perlu layan ugutan Bersatu

PM tak perlu layan ugutan Bersatu

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diminta untuk terus kekal istiqomah dalam menjalankan tugasan hariannya selaku ketua kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata Ismail juga tidak perlu melayan sebarang ugutan mahupun desakan daripada mana-mana pihak yang dilihat cuba mengganggu gugat perjalanan pentadbirannya.

Kata Razlan, lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang cuba menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pengganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin dalam kabinet.

“Dari awal Bersatu ini kemaruk jawatan menteri, dari zaman Tun Mahathir (Mohamad), semua dapat jawatan, kalau tak menteri, pasti jadi timbalan menteri, tak cukup dengan itu, mereka minta jawatan timbalan speaker.

“Tak cukup lagi, mereka lantik semua jadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan GLC dan kalau boleh semua ahli parlimen dapat habuan jawatan, kredibiliti boleh buat kerja atau tidak, itu belakang kira, yang penting semua mesti rebut jawatan.

“Tak puas hati lagi, kepada yang nak melompat, mereka sediakan skim perlindungan diri dan melantik katak menjadi menteri dan jawatan-jawatan lain semua tersedia, ‘scheme of things’ yang dicipta oleh (Presiden Bersatu) Muhyddin (Yassin).

“Perdana menteri buatlah apa sahaja demi kebaikan rakyat, tidak perlu layan ugutan Bersatu,” katanya.

Razlan mengulas kenyataan Ketua Bersatu Bahagian Ampang Mohd Isa Mohd Saidi yang berkata Ismail Sabri sepatutnya menggunakan kuota menteri daripada Umno dan bukannya “mencuri” kuota Bersatu jika mahu mengekalkan Zuraida dalam kabinet.

Mohd Isa sebelum ini turut menyifatkan Zuraida sebagai seorang yang cuma mahu menjaga jawatannya semata-mata.

Mengulas lanjut, Razlan turut mengingatkan bahawa tiada kestabilan dalam kerajaan kalau perdana menteri boleh diugut sebegini rupa.

“Muhyiddin sering kata nak tekan butang, mana wujud kestabilan sekiranya semua kuasa perdana menteri nak diambil oleh Bersatu, tiada kestabilan kalau perdana menteri boleh diugut sebegini rupa.

“Bersatu tidak akan berani tekan butang, tujuan mereka menyertai kerajaan demi jawatan, bukan ada sebab lain,” katanya.

Istilah ‘menekan butang’ itu bermula sewaktu PRN Melaka pada Nov 2021, sewaktu Muhyiddin dilaporkan berkata, dia boleh mengarahkan wakil rakyat dari PN untuk tarik sokongan dari kerajaan Johor pimpinan Hasni Mohammad ketika itu.

Sehingga kini, PN mempunyai 51 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Khaidhirah Abu Zahar mengingatkan semua pihak bahawa lantikan menteri kabinet adalah hak prerogatif perdana menteri.

Oleh itu, katanya, tiada keperluan untuk mendesak Ismail melantik pengganti Zuraida daripada kalangan pemimpin Bersatu..

“Itu hak progeratif perdana menteri. Jadi, pada saya, tiada keperluan mendesak perdana menteri untuk tujuan itu,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Zuraida mengumumkan keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) bulan lepas dan akan bertemu dengan Ismail Sabri tidak lama lagi untuk membincangkan kedudukannya dalam kabinet.

Zuraida juga telah menyatakan harapannya bahawa dia akan dapat mengekalkan jawatan kabinetnya.

Ismail Sabri berkata dia akan bertemu dengan Zuraida minggu depan berhubung perkara ini tetapi menjelaskan sementara itu ahli parlimen Ampang itu akan terus menjalankan tugas menterinya.

Bersatu mendesak Zuraida digugurkan daripada kabinet dan Muhyiddin berusaha bertemu dengan Ismail Sabri untuk membincangkan penggantinya. Mk

PM tak perlu layan ugutan Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker