Gaduh di lobi mahkamah: Jurugambar, peguam buat laporan polis

Gaduh di lobi mahkamah: Jurugambar, peguam buat laporan polis

Polis Shah Alam mengesahkan menerima laporan daripada jurugambar dan peguam, susulan pergaduhan yang berlaku di lobi bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata hasil siasatan awal polis mendapati, pergaduhan itu membabitkan seorang jurugambar sambilan sebuah akhbar tempatan berusia 34 tahun, dengan seorang peguam berumur 50 tahun.



“Kejadian berpunca apabila keadaan sesak berlaku di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam semasa pasukan peguam sedang menuju ke kamar mahkamah, manakala petugas media sedang membuat liputan bagi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan,” katanya.

Katanya, kedua-dua lelaki itu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam dengan jurugambar berkenaan mengalami luka calar di leher dan lengan, manakala peguam mengalami luka di dahi.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebarang maklumat berkaitan kes itu, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhamad Ridzuan Ibrahim di talian 013-3050856.



Terdahulu media melaporkan, kekecohan dan pertengkaran berlaku di perkarangan kompleks mahkamah berkenaan pagi tadi membabitkan seorang peguam mewakili suspek pembunuhan Nazrin, Samirah Muzaffar dan seorang jurugambar. HM

Gaduh di lobi mahkamah: Jurugambar, peguam buat laporan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker