Tumbuk 2 anggota polis, lelaki ditahan

Tumbuk 2 anggota polis, lelaki ditahan

Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk dua anggota polis yang mahu menjalankan pemeriksaan terhadapnya di Taman Sri Manja, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua anggota polis itu yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal cedera di bahagian tangan serta badan, manakala suspek berusia 26 tahun terbabit cedera ringan akibat pergelutan itu.

“Dalam kejadian 6.30 petang itu, anggota menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang meminta mereka menjalankan pemeriksaan ke atas suspek dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan.

“Bertindak atas aduan, anggota mengarahkan suspek keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan badan. Suspek tiba-tiba merangkul leher seorang anggota dari belakang, lalu menumbuk muka dan perut anggota itu.

“Rakan setugasnya yang datang untuk meleraikan suspek turut ditumbuk di bahagian muka. Suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan ketika ditahan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Fakhrudin berkata, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan. FMT

Tumbuk 2 anggota polis, lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker