Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung

Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung

Sekumpulan saintis melaporkan penemuan baharu yang menyimpulkan bahawa manusia mungkin boleh bernafas melalui punggung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Berdasarkan laporan mengenainya dalam jurnal Clinical and Translational Resource and Technology Insights, kumpulan saintis tersebut melakukan beberapa eksperimen ke atas tikus dan babi berdasarkan keadaan metabolisme perlahan bagi penyu.



Ia dilakukan dengan cara menggosok usus haiwan bagi menipiskan lapisan mukosa yang mengurangkan halangan kepada aliran darah.

Haiwan-haiwan itu kemudian ditempatkan di dalam sebuah bilik yang kurang oksigen.

“Haiwan-haiwan yang tidak dapat bernafas dan tidak menerima pengudaraan usus mati selepas kira-kira 11 minit.

“Haiwan yang menerima pengudaraan usus tanpa menggosok usus bertahan hampir dua kali lebih lama, iaitu kira-kira 18 minit. Ini menunjukkan terdapat sedikit udara yang dihirup.



“Akhir sekali, 75 peratus haiwan yang mana ususnya telah digosok dan menerima oksigen bertekanan di dalam rektum mampu bertahan selama sejam. Ia adalah tempoh masa keseluruhan eksperimen itu,” kata laporan tersebut.

Keadaan itu membuktikan bahawa tikus dan babi mampu bernafas menerusi usus di bawah keadaan yang betul. Hasil kajian menyebabkan saintis-saintis percaya bahawa spesies mamalia lain termasuk manusia boleh bertindak demikian.

Bagaimanapun, tiada sebarang ujian dilakukan ke atas manusia setakat ini dan tidak dapat dipastikan sama ada saintis mempunyai perancangan untuk melakukan demikian. K Online

Saintis percaya manusia boleh bernafas menerusi punggung




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap



“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker