Kerajaan laksana tiga tindakan hala tuju pengurusan banjir – Ismail

Kerajaan laksana tiga tindakan hala tuju pengurusan banjir – Ismail

Kerajaan akan melaksanakan tiga tindakan sebagai hala tuju pengurusan banjir bagi meningkatkan daya tahan dan kesediaan negara menghadapi impak perubahan iklim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini berikutan Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim seperti hujan lebat yang mengakibatkan fenomena banjir besar.



Katanya, ia kerana iklim Malaysia berkelembapan tinggi di samping bentuk muka buminya yang turut menyumbang kepada fenomena tersebut.

“Antara tindakan yang akan dilaksanakan ialah membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) yang merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang dan strategi pembangunan kebangsaan untuk sektor kesihatan awam, infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversiti.

“Menggalakkan kerajaan negeri untuk mengguna pakai Indeks Adaptasi Perubahan Iklim Malaysia bagi meningkatkan respon kepada impak perubahan iklim.

“…dan mengintegrasi faktor perubahan iklim dalam peringkat perancangan, reka bentuk serta pelaksanaan projek-projek sektor air dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko bencana banjir,” katanya menerusi kenyataan selepas mempenegrusikan mesyuarat Hala Tuju Pengurusan Banjir Negara Hadapi Impak Perubahan Iklim hari ini.



Dalan pada itu Perdana Menteri berkata, mesyuarat yang diadakan hari ini juga membincangkan tentang cadangan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam penganjuran acara-acara besar.

Katanya, inisiatif itu dijangka dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem kenderaan elektrik di negara ini selain mengurangkan pelepasan GHG secara berkesan.

Ia juga jelasnya, berpotensi menarik pelaburan asing, mewujudkan peluang pekerjaan hijau serta menjimatkan subsidi bahan api oleh kerajaan.

“Mesyuarat juga bersetuju dengan kerangka dasar pasaran karbon dibangunkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menyediakan panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia.



“Kerangka ini memberi penekanan kepada kepentingan dan kelebihan urus niaga kredit karbon di peringkat domestik bagi memastikan pelaksanaan mekanisme pasaran karbon dilaksanakan secara telus, sekali gus menepati piawaian antarabangsa serta menyumbang terhadap sasaran pengurangan pelepasan GHG negara,” ujarnya.

Tambah beliau, pada masa ini, KASA sedang membangunkan Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon Negara selaras dengan aspirasi negara mencapai pelepasan GHG sifar bersih, seawalnya pada 2050.

Komitmen dan usaha kerajaan dalam menerajui agenda perubahan iklim juga akan diteruskan dengan menyertai Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) ke-27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 6 hingga 18 November depan yang merupakan persidangan tahunan bagi membincangkan isu global perubahan iklim.

“Saya akan mengetuai delegasi negara ke persidangan berkenaan bersama Menteri-Menteri Besar Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Alam Sekitar dan Air.



“Selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia Lestari’, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain akan terus bekerjasama bagi memastikan keupayaan negara dalam menangani isu perubahan iklim dapat diperkukuhkan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia pada masa kini dan akan datang,” tambahnya. MG

Kerajaan laksana tiga tindakan hala tuju pengurusan banjir – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker