Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?
Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?
Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didakwa netizen di media sosial.
“Hahaha. Ngaruikk (mengarut).”
Itu reaksi Syamsul ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp mengenai dakwaan itu.
Sebelum itu satu hantaran di forum gosip mendakwa suami pelakon Puteri Sarah itu sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita yang kini hangat dikaitkan dengannya.
Menerusi perkongsian hantaran dibuat di media sosial oleh seorang pengguna dengan nama, HannahMontana pada jam 4.24 pagi hari ini, pihak terbabit memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.
“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.
Sebelum ini, pada Mei lalu muncul desas-desus mengatakan Syamsul sudah berkahwin senyap-senyap dengan Ira dan usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan Syamsul tidak dibalas apabila dia berdiam diri.
Bagaimanapun, ketika pratonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan baru-baru ini, bapa Syamsul iaitu pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam, 68, ketika ditemui enggan masuk campur berhubung desas-desus berkaitan perkahwinan yang timbul itu.
“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit. Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada media pada majlis itu.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3. HM
Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?
Baca Artikel Menarik:
- Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga
- Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- UKSB: Latheefa juga mesti disiasat
- PKR takkan bincang dengan Azmin, tapi bagaimana dengan Rafizi?
- Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib
- Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
- Umpan makanan, baling batu dan tendang kucing
- Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun
- Willie Mongin mohon sertai PBB
- Azmin jangan putar belit fakta – Shahrir
- Tak dapat A SPM pun, dapat suami
- Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto
- Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king