Selepas rasuah ratusan ribu, Guan Eng terima jam tangan bernilai RM43,000

Pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata dia membeli seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix berharga RM43,000 sebagai hadiah hari jadi ke-55 Lim Guan Eng pada Disember 2015.

Zarul berkata demikian dalam keterangannya sebagai saksi pendakwaan ke-23 ketika perbicaraan kes rasuah projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dia berkata hadiah itu diberikan bersama-sama wang tunai RM100,000, yang disimpan dalam sampul putih, di pejabat Lim ketika itu di Komtar, George Town di Pulau Pinang.

“Saya berikan RM100,000 dan jam dalam kotak hitam, Lim kemudian memulangkan sampul putih kepada saya.

“Lim hanya terima jam Maurice Lacroix. Dia nampak gembira menerima jam itu,” katanya.

“Selepas itu saya tinggalkan pejabatnya. Saya tak lihat dia pakai jam yang saya beri.

“Saya tak rasa apa-apa bila Lim tolak hadiah wang tunai RM100,000,” katanya lagi.

Zarul berkata dia membeli jam Swiss mewah itu daripada G Rajan, seorang penjual separuh masa yang sebelum itu pernah menjual beberapa utas jam lagi kepadanya.

“Lim tak pernah minta jam sebagai hadiah hari lahir. Saya berikan kepadanya.

“Sebab saya beri jam itu adalah untuk pastikan projek saya dengan kerajaan Pulau Pinang berjalan lancar,” katanya merujuk kepada projek terowong tersebut.

Ini kali kedua Zarul memberi hadiah hari jadi kepada Lim. Dia berkata bekas setiausaha agung DAP itu menerima wang tunai RM100,000 sebagai hadiah hari jadi ke-54 pada Disember 2014.

Menurut Zarul, dia mengetahui tarikh lahir Lim, iaitu pada 8 Disember, menerusi internet.

Dalam keterangannya lagi, Zarul berkata kali pertama dia memberikan wang tunai lebih daripada RM100,000 kepada Lim adalah pada Januari 2016, diikuti dengan April dan Mei tahun sama, yang membawa jumlah RM1 juta.

Setiap kali wang tunai RM500,000 diberikan pada 2016, ia diletakkan ke dalam beg dan diserahkan kepada Lim dalam pertemuan tertutup di pejabatnya di Komtar yang tidak direkodkan dalam buku tetamu, katanya lagi.

Lim kini dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah berkaitan projek itu. MK

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker