Mubarak Majid kini Pelakon Lelaki Terbaik di India



Putrajaya: “Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini.

“Saya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.”

Demikian kata pelakon Mubarak Majid mengulas kemenangan pertama yang diraih sepanjang empat dekad pembabitannya dalam industri lakonan tanah air.

Bercerita berkenaan wataknya, Mubarak, 66, berkata, dia memegang watak sebagai bapa kepada seorang model.

“Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh sakit dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.




“Namun, bapanya salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Bapanya tak tahu rupa-rupanya di tolong bapanya cari wang untuk biaya perubatan emaknya. Itu yang tajuknya ada perkataan Sexy Dress,” katanya.

Filem terbitan Buffalo Orange Production Sdn Bhd ini menemui penonton menerusi YouTube.

Menurutnya, kemenangan ini amat memeranjatkan kerana setakat ini namanya hanya tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah di tanah air seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.

“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri.

“Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.




“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya,” katanya yang ditemui pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berlangsung di MOTAC hari ini.

Pada majlis terbabit Mubarak serta beberapa selebriti tempatan iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Jaclyn Victor, Amran Nasaruddin dan Zuhairi Ibrahim menerima pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Badan Peneraju Seni Budaya yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.

Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Seri Dr. Santhara J.P, Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop,

serta barisan Pengurusan Tertinggi MOTAC dan JKKN.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Leave a Reply

Your email address will not be published.