Batalkan Lantikan Tajuddin Sebagai Duta ke Indonesia



Oleh Nurul Aisyah

DESAKAN agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta Malaysia ke Indonesia dibatalkan semakin kuat berkumandang. Gesaan tersebut datangnya dari majoriti rakyat Malaysia yang meluat dengan sikap bongkak, angkuh dan sombong beliau.

Malah seorang Ahli Parlimen DAP, Wong Hon Wai turut mengasak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar membatalkan pelantikan tersebut dengan berkata Tajuddin tidak mempunyai “keterampilan diplomatik” yang diperlukan untuk tugas itu.

Tajuddin telah membuktikan beliau tidak layak untuk memegang jawatan sebagai duta berikutan sidang media yang diadakan baru-baru ini serta kelakuannya di Parlimen sebelum ini.

Ramai yang mempertikaikan lantikan Tajuddin sebagai Duta memandangkan beliau sangat gagal berkomunikasi dengan berhemah. Sikap bongkak dan sombong sangat menebal dalam diri beliau. Ianya tidak boleh ada pada seorang duta yang mewakili negara kita.




Pelantikan jawatan awam haruslah berdasarkan kelayakan, pengalaman serta personaliti yang bersesuaian, bukan berdasarkan pertimbangan politik semata-mata.

Tindakan Ismail Sabri melantik Tajuddin dilihat sebagai menggunakan kedudukannya untuk memuaskan hati individu yang menyokongnya, tetapi tidak sesuai untuk tugas itu.

Walaupun PM mempertahankan pelantikan Tajuddin sebagai duta dengan berkata, ia telah diluluskan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo namun rakyat tetap melihat perkara tersebut sebagai tidak kena pada tempatnya.

Kini Tajuddin dilihat sebagai “orang politik lama” yang hanya menjaga kepentingan diri sendiri dengan sikap bongkak, angkuh dan sombong.



Leave a Reply

Your email address will not be published.