SKMM lulus penggabungan Digi, Celcom

SKMM lulus penggabungan Digi, Celcom

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah mengeluarkan notis tiada bantahan terhadap cadangan penggabungan Digi.Com Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom).

Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata, penggabungan itu akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di negara ini kerana Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan kedua dan ketiga terbesar ketika ini.

SKMM berkata, pihaknya mengeluarkan pernyataan isu kepada pemohon selaras garis panduan penggabungan dan pengambilalihan bertarikh 17 Mei 2019 bagi menangani kebimbangan bahawa penggabungan ini akan atau mungkin mengurangkan persaingan ketara dalam pasaran komunikasi.

“Justeru, pemohon mengemukakan suatu aku janji yang mengandungi komitmen pemohon untuk mengatasi isu persaingan yang diketengahkan oleh SKMM di dalam pernyataan isu.

“SKMM telah mempertimbangkan komitmen ditawarkan oleh pemohon dan berpuas hati bahawa ia akan mengurangkan dengan signifikan isu persaingan yang akan atau mungkin timbul akibat penggabungan ini,” menurut kenyataan itu.

SKMM secara rasmi menerima cadangan penggabungan antara Digi dan Celcom pada 24 Nov tahun lalu.

Sementara itu, Digi dan Celcom dalam kenyataan bersama berkata, syarikat yang digabungkan itu dikenali sebagai MergeCo.

Katanya, ia bersedia melabur dalam pengembangan rangkaian bagi menyokong permintaan semakin meningkat untuk data dan pendigitalan demi menyediakan kualiti dan liputan rangkaian lebih baik.

Mereka turut berjanji akan memastikan pengguna terus mendapat manfaat daripada persaingan kompetitif dalam sektor telekomunikasi.

“Antara tumpuan dalam penggabungan ini adalah pelupusan spektrum MergeCo 70 MHz merentasi 1800 MHz, 2100 MHz dan 2600 MHz, dengan jalur pertama akan dikembalikan kepada SKMM dalam tempoh 24 bulan selepas penggabungan selesai, manakala jalur kedua dan ketiga akan dikembalikan dalam tempoh 36 bulan selepas penggabungan selesai.

“Semua pihak memberi jaminan akan meletakkan keutamaan tertinggi dalam meminimumkan sebarang potensi impak kualiti perkhidmatan kepada pelanggan ketika melaksanakan usaha ini.” FMT

SKMM lulus penggabungan Digi, Celcom


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker