Kasut sekolah berharga RM15,000

Kasut sekolah berharga RM15,000

Balik Pulau: Balik Pulau yang terletak di daerah Barat Daya, Pulau Pinang bukan sahaja terkenal sebagai destinasi untuk menikmati raja buah, kini suasana kawasan kampung di sini turut menawarkan satu lagi tarikan, studio pameran barangan seramik hasil karya Dr Shamsu Mohamad.

Minat dan kesungguhan mendorong bekas pensyarah Pusat Pengajian Seni di Universiti Sains Malaysia (USM) membuka galeri pameran yang dinamakan Sila Studio untuk menterjemahkan hasil karyanya.

Shamsu, 60, berkata, Sila Studio yang dibuka sejak September 2014 diambil daripada perkataan ‘sila’ yang membawa maksud selamat datang selain lebih mesra didengar dan diingati.



“Sila Studio membawa satu transformasi terhadap kegunaan tanah liat yang mampu menghasilkan objek kontemporari yang jarang dilihat dan selain mempamerkannya, saya juga menerima pelajar yang berminat belajar teknik menghasilkan objek dengan seramik,” katanya.

Antara barangan dipamer di Sila Studio bekas menyimpan barang, kasut, magnet peti ais, pin tudung, hiasan rumah, pinggan mangkuk, cangkerang, sayur, perkakas dapur dan sebagainya.

Dr Shamsu yang sudah lebih 32 tahun dalam industri ini dan memenangi pelbagai anugerah antarabangsa berkata, antara hasil banyak menerima perhatian objek kontemporari yang jarang dilihat antaranya kasut sekolah berwarna putih yang diperbuat daripada seramik.

Beliau berkata, kasut dihasilkan untuk menyertai pameran bertema Earthworks atau metafora yang digunakan bagi menggambarkan kehidupan manusia di Galeri Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2014.



“Saya ambil masa enam bulan buat kajian…kasut sekolah berwarna putih ini berjaya dihasilkan dalam tempoh tujuh bulan menggunakan porselin dan karya itu dibeli penganjur pameran dengan nilai RM15,000,” katanya.

Dr Shamsu berkata, hasil karyanya itu diberi tajuk Perjalanan atau The Journey sebagai metafora alam persekolahan kerana di situ manusia melalui proses pembelajaran seawal usia mereka.

“Kasut sekolah dipakai saban hari memandu pelajar ke sekolah untuk menggali ilmu pengetahuan buat bekalan kehidupan. Pelbagai peristiwa pahit dan manis yang ditempuhi pelajar di alam persekolahan,” katanya.

Dr Shamsu berkata, seni seramik tradisional lebih kepada kegunaan praktikal, manakala seni seramik moden pula lebih kepada bentuk luaran yang teguh dan tersendiri.



“Ia memiliki kebebasan tidak terkongkong, di samping memberi penekanan kepada usaha artis bereksperimen menggunakan tanah liat dan sepuhan.

“Seni dan budaya adalah industri yang mempunyai masa depan dan berpotensi menjana pendapatan negara yang lebih tinggi sekiranya diusahakan tanpa jemu,” katanya.

Sila Studio yang terletak di Pusat Inkubator Kraftangan Balik Pulau dibuka secara percuma kepada orang ramai jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad yang memerlukan janji temu terlebih dahulu. HM

Kasut sekolah berharga RM15,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker