Subsidi RM77.3 bilion terlalu tinggi – pakar ekonomi

Subsidi RM77.3 bilion terlalu tinggi – pakar ekonomi

Ahli ekonomi khuatir bahawa subsidi kerajaan ke atas keperluan pengguna adalah “terlalu tinggi” pada unjuran RM77.3 bilion tahun ini, dan tidak mampan dalam jangka panjang.

Subsidi yang tinggi akan meningkatkan beban kewangan negara ketika Malaysia berdepan masalah hutang pada kadar yang mengejutkan dan kelembapan ekonomi.



Pakar ekonomi politik Firdausi Suffian daripada UiTM Sabah berkata, jumlah subsidi yang diunjurkan sebanyak RM77.3 bilion, iaitu 9% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara “terlalu tinggi”.

Beliau berkata, jumlah optimum sepatutnya kurang 2% daripada KDNK.

“Secara teorinya, subsidi adalah ‘baik dari segi politik, buruk pada ekonomi’ kerana ia menunjukkan kerajaan akan campur tangan dan membantu rakyat, terutamanya pada masa sukar. Bagaimanapun, jika ia terus campur tangan, pasaran tidak akan dapat menyesuaikan diri,” katanya kepada FMT.

Seorang lagi pakar ekonomi, Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak berkata, langkah Putrajaya meneruskan pemberian subsidi tanpa rancangan untuk meningkatkan hasil adalah tidak bertanggungjawab.



“Perbelanjaan kita untuk subsidi menjadi terlalu tinggi kerana kerajaan terus mengumpul subsidi baharu dan meningkatkan kadar subsidi sedia ada.

“Sekarang, subsidi makin bertambah, tetapi mereka enggan meningkatkan hasil,” katanya kepada FMT.

Pada Sabtu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, subsidi untuk bekalan keperluan merangkumi dua pertiga daripada jumlah keseluruhan subsidi pengguna sebanyak RM77.3 bilion, meliputi harga petrol, diesel, minyak masak, tepung, elektrik, dan keperluan lain.

Jumlah yang diunjurkan juga termasuk RM5.8 bilion subsidi elektrik bagi separuh kedua 2022 bagi memastikan tiada kenaikan tarif selepas 1 Julai.



Firdausi berkata, kerajaan mesti merasionalkan dan menyusun semula skim subsidi.

“Kerajaan tidak mampu memberikan subsidi kepada semua orang. Oleh itu, mereka mesti menyediakan pelan subsidi bersasar hanya kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Barjoyai berkata, pangkalan data bersepadu perlu dibangunkan untuk subsidi bersasar dan bantuan tunai.

Beliau menganggarkan skim bantuan tunai sedia ada, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), akan memanfaatkan lebih 8.6 juta orang dan empat juta isi rumah, tetapi mempersoalkan sama ada kerajaan pasti kesemua lapan juta penduduk itu memerlukannya.



Beliau turut menggesa kerajaan membangunkan sumber hasil baharu, seperti dana wakaf menyerupai dana pencen Norway, yang melaburkan lebihan hasil petroleum negara.

“Kita juga ada sektor petroleum sendiri (Petronas). Oleh itu, kita harus mewujudkan model dana serupa yang boleh meringankan beban kewangan Malaysia,” katanya. FMT

Subsidi RM77.3 bilion terlalu tinggi – pakar ekonomi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran



Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker