Akar Umbi UMNO Tolak Dan Benci Tajuddin

Oleh Nurul Aisyah

MUNGKIN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman lupa bahawa beliau pernah ketakutan ketika disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa tahun yang lalu. Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan pemimpin UMNO yang lain.

Persoalannya, adakah itu perupakan punca beliau sering menyerang UMNO sebagaimana Tan Sri Annuar Musa yang secara konsisten melawan presiden UMNO semata-mata dikatakan untuk mengelak dari pendakwaan tidak munasabah berhubung isu MARA?

Dalam perkara ini, kesetiaan kepada parti merupakan asas penting dalam perjuangan. Jika mereka boleh digertak dengan mudah maka nilai diri mereka sudah tidak layak ditempatkan sebagai pahlawan.

Menurut beberapa sumber, pendedahan Tajuddin Abdul Rahman pada sidang akhbarnya telah dikaitkan dengan dakwaan ahli parlimen Pasir Salak itu pernah disiasat oleh SPRM.

Ramai pihak tahu Tajuddin pernah anjurkan banyak pertemuan dirumahnya namun kenyataan “u-turn” beliau dilihat tidak selari dengan tindakan beliau.

“Dia fobia bila disiasat SPRM. Ramai saksi hidup.” kata Puad dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Puad, Tajuddin sebenarnya “sama standard” dengan ahli parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar, Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Melalap Peter Anthony.

“Semua jadi takut dan cair bila disiasat SPRM.

“Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair..,” katanya.

Sebagaimana yang kita tahu, kewujudan Tajuddin kini dilihat sebagai tidak relevan. Akar umbi UMNO tolak dan benci pada Tajuddin. Malah rakyat Malaysia juga dilihat tidak menyukai kelancangan mulut beliau.

Tindakan Tajuddin bagaikan anjing menyalak bukit. Sidang media pendedahan Tajuddin semalam yang sebahagian besarnya tertumpu dalam menyerang kepimpinan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya tidak memberi kesan besar memandangkan kenyataan tersebut datangnya dari individu yang tidak disukai rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker