Nabila Huda tinggalkan Melodi

Nabila Huda tinggalkan Melodi

Pelakon dan pengacara, Nabila Huda bersiaran buat kali terakhir sebagai pengacara program hiburan terbitan TV3, Melodi, hari ini.

Nabila ketika dihubungi meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program sensasi itu selama setahun.

“Kontrak saya memang berakhir bulan ini selepas setahun bergelar pengacara Melodi. Saya memang sangat gembira sebab diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama setahun,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pengalaman sepanjang setahun banyak memberi ilmu baharu kepadanya dalam cabang karier sebagai pengacara.

“Banyak kenangan manis sepanjang saya mengacarakan Melodi. Saya anggap ini sebagai rezeki kerana ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, di saat ramai yang tidak dapat bekerja, saya diberikan rezeki untuk mengacara.

“Di situlah bermula rezeki saya sebagai pengacara. Saya belajar banyak perkara baharu antaranya bagaimana mengendalikan program TV secara online dari rumah, buat tetapan kamera, pencahayaan dan sebagainya.

“Saya nak berterima kasih kepada semua yang membantu saya di belakang tabir termasuk rakan-rakan dan keluarga. Insya-Allah, saya hendak aturkan majlis makan malam sebagai tanda terima kasih kepada mereka,” katanya.

Selepas ini, Nabila akan meneruskan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya tak rasa sedih sebab ini adalah lumrah dalam pekerjaan dan kehidupan. Selepas selesai dengan sesuatu, kita akan jumpa orang baharu di tempat baharu.

“Saya akan teruskan kerja-kerja lakonan memandangkan itu adalah keutamaan saya dan pengacaraan adalah kerjaya sambilan saya,” katanya.

Sebelum Nabila, program Melodi dikendalikan gandingan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari dan Janna Nick.

Terbaharu, Nabila sedang menjalani penggambaran drama bersiri sains fiksyen berjudul Electric Dust Agency arahan pengarah Faisal Ishak yang akan ditayangkan di platform Viu Malaysia. – HM Online

Nabila Huda tinggalkan Melodi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker