Kau bayar duit aku, selesai – Fify Azmi

Kau bayar duit aku, selesai – Fify Azmi

Berani kerana benar. Itulah prinsip pelakon sensasi, Fify Azmi, 32, yang langsung tidak gentar mempertahan dan menuntut hak apabila wang hasil titik peluhnya didakwa ‘dirembat’ bekas pembantu peribadi.

Selain berani mendedahkan ‘perilaku’ bekas pembantu peribadi dalam media sosial sehingga menjadi tular, aktres yang diangkat Pelakon Harapan Wanita, Festival Filem Malaysia Ke-31 itu turut membuat laporan polis atas dakwaan pecah amanah pada 6 Jun lalu.

Namun, kekecohan makin memuncak apabila bekas pembantu peribadi dilaporkan terkilan dengan tindak Fify, malah, turut membuat laporan polis atas salah faham yang berlaku.

Lebih aib, bekas pembantu peribadi menjaja cerita buruk termasuk mendedahkan pelakon yang diperkenalkan menerusi filem Wira itu mengambil barang terlarang menerusi media sosial, baru-baru ini.

Namun, bekas finalis program Dewi Remaja 2014/2015 itu tidak gentar dengan cubaan jahat dilakukan wanita itu. Malah, yang bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu peribadinya itu.

“Kes masih dalam siasatan. Biarlah pihak berkuasa melakukan tugasan, malah, saya juga sudah melantik peguam untuk mengendalikan kes duit RM15,000 yang dirembat, selain cerita buruk yang dijaja bekas pembantu peribadi.

“Saya pelik kenapa susah sangat nak pulangkan semula duit diambil? Namun, mengaburi mata orang luar dengan pelbagai drama rekaan, termasuk jaja cerita buruk saya dalam media sosial.

“Saya hanya mahu wang saya dikembalikan,” katanya. BH

Kau bayar duit aku, selesai – Fify Azmi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker