Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil

Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil

Bakal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak mempunyai idea baru untuk menyelesaikan masalah bekalan makanan apabila menyarankan negara mengadakan stockpile makanan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil berkata, disebabkan Rafizi tidak mempunyai idea yang original maka segala formula yang diutarakan oleh pemimpin PKR itu tidak boleh dipakai.

“Namun cadangan Rafizi untuk stockpile makanan ini bukanlah idea baru dan bukan idea dia pun. Kerajaan telah mula import stockpile ayam dari minggu lepas untuk meningkatkan bekalan ayam dalam negara.

“Rafizi tidak ada idea baru yang original untuk selesaikan masalah, tapi hanya pandai kritik, kutuk dan perlekeh serta tiru idea orang lain sahaja. Mungkin sebab itu formulanya semua ke laut,” sindir Isham.

Semalam Rafizi menyifatkan syor MT UMNO supaya kerajaan mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi membantu menyelesaikan krisis bekalan ayam sebagai cadangan jenaka.

Beliau secara sinis bertanya sama ada UMNO mahu menubuhkan Lembaga Kambing Kebangsaan sekiranya negara berhadapan dengan krisis bekalan daging kambing.


Baca Artikel Menarik:


Rafizi kemudiannya mencadangkan kerajaan melaksanakan stok penimbal dan menubuhkan Suruhanjaya Bekalan dan Kelangsungan Kebangsaan seperti yang diwujudkan di Amerika Syarikat.

“Saya lihat Rafizi tidak faham hal ini, dia cuma pandai cakap saja untuk mendapat perhatian dan untuk retorik politik tetapi fakta dan solusinya ke laut. Ini tidak membantu rakyat.

“Rafizi, kita perlu penyelesaian dasar yang bijak sekarang untuk membantu rakyat, bukan sekadar retorik politik. Bila rakyat lapar, mereka tidak boleh makan retorik politik kamu.

“Allah SWT kurniakan akal fikiran yang baik, gunakanlah ia untuk membantu rakyat,” nasihat Isham kepada Rafizi.

Beliau menambah, stockpile makanan mungkin boleh menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ayam dalam jangka pendek.

Bagaimanapun langkah tersebut tidak boleh diharap untuk menyelesaikan masalah bekalan makanan secara mampan dan untuk jangka masa panjang dan ia banyak bergantung kepada import.


Baca Artikel Menarik:


“Kita perlu selesaikan masalah ini dalam jangka pendek melalui stockpile import, tetapi kita juga perlu solusi jangka panjang yang lebih mampan yang kurang bergantung kepada stockpile yang di-import sebaliknya perlu meningkatkan pengeluaran makanan dalam negeri.

“Sebab itu kita perlu agensi khas untuk kaji, rancang dan laksana perkara ini untuk suatu penyelesaian yang lebih mampan dan berkekalan,” kata Isham.

Sebelum ini media melaporkan, UMNO menggesa kerajaan segera menangani isu kenaikan harga barangan makanan asas rakyat termasuk ayam dengan mengambil pendekatan yang holistik, bersepadu dan berkesan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, untuk itu kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan mewujudkan Lembaga Unggas Negara bagi menangani isu harga ayam secara menyeluruh. MG

Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker