MyCC digesa campur tangan halang Digi, Celcom bergabung

MyCC digesa campur tangan halang Digi, Celcom bergabung

Kumpulan pengguna menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) campur tangan bagi menghalang penggabungan Digi dan Celcom.

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berasa terkejut hatta kerana penggabungan itu dicadangkan dengan naib presidennya, Ajit Johl, mempersoalkan motif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang tidak membantahnya.

Ajit berpendapat cadangan itu adalah “idea tidak masuk akal” pada ketika telekomunikasi menjadi sesuatu yang begitu penting kepada masyarakat.

Beliau berkata, penggabungan itu akan mengurangkan pilihan dalam pasaran dan mengakibatkan pengguna terpaksa membayar harga lebih tinggi.

“SKMM yang sepatutnya mengutamakan kepentingan pengguna sebaliknya seolah-olah memainkan peranan yang memanfaatkan pengendali perkhidmatan mudah alih,” katanya.

“Jika satu daripada syarikat berkenaan tidak menguntungkan, mungkin kita boleh faham mengapa penggabungan perlu dilakukan. Namun kedua-duanya memperoleh keuntungan tinggi, jadi penggabungan menjadi tidak masuk akal melainkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka.”

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, penggabungan pengendali perkhidmatan mudah alih yang kedua dan ketiga terbesar negara itu akan mencetuskan monopoli.

Ini tidak sepatutnya diluluskan kecuali dengan syarat tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan, tambahnya.

“Mesti ada syarat yang harus dipenuhi kedua-dua syarikat itu. Contohnya menyediakan perkhidmatan yang efisyen di kawasan luar bandar serta menambah baik akses di kawasan bandar.

“Perlu juga ada syarat bahawa syarikat-syarikat ini dikenakan penalti jika gagal memenuhi syarat-syarat lain,” katanya.

Semalam SKMM berkata, ia tidak membantah cadangan penggabungan itu yang akan membentuk pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di Malaysia.

Katanya, ia telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadapnya dan Digi dan Celcom telah menyatakan komitmen mereka untuk mengatasi isu-isu berkaitan persaingan. FMT

MyCC digesa campur tangan halang Digi, Celcom bergabung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker